Rabu, 30 Maret 2011

Pentingnya Pendidikan Agama Terhadap Anak

Anak-anak merupakan amanah yang dititipkan oleh Alloh kepada orangtua, untuk itu perlu dididik untuk mengenal, mencintai dan takutkan Alloh, Dididik supaya menjadi hamba Alloh selepas itu menjadi Khaifah Alloh dimuka bumi.
Anak-anak perlu dididik supaya menjadi orang yang beriman dan bertaqwa yang hidup mati mereka hanya karena Alloh. Anak-anak perlu dididik untuk Alloh, sehingga anak-anak akan menjadi orang-orang soleh yang berakhlak mulia dan berjasa.
Orang yang beriman dan bertaqwa sudah tentu akan berkhidmat kepada Alloh dan sesama manusia, lebih-lebih lagi kepada kedua Ibu dan ayah mereka.
Apabia anak-anak dididik hanya untuk mengejar dunia dan tidak untuk mengenal, mencintai dan takut dengan Alloh, maka dunialah yang akan menjadi tujuan hidup.
Keinsanan tidak akan terbina, nafsu akan menjadi rakus dan segala sifat-sifat madzmumah yang keji seperti tamak, hasad, dengki, bakhil, pemarah dan lain-lain bersarang di hati. Tidak akan mempedulikan halal atau haram, hak atau batil, benar atau salah, adil atau dzalim, manusia ataupun Alloh.
Kalau Allohpun tidak dipedulikan, apakah akan mempedulikan terhadap Ayah ibunya, jauh sekali untuk membela dan berkhidmat.
Di akhirat nanti anak-anak ini akan menjadi orang yang muflis. Mereka akan menentang dan menjadi seteru kepada ibu ayah mereka. Mereka akan menuntut hak yang diberikan kepada mereka.
Mereka akan menyalahkan ibu ayah mereka karena tidak mendidik mereka untuk Alloh. Ibu dan Ayah yang tidak mendidik nak-anak mereka untuk Alloh pasti akan rugi di dunia dan lebih-lebih agi di akhirat. Diakherat nanti anak yang mereka sayangi akan tertukar menjadi musuh.
Kalau anak-anak mereka dididik untuk Alloh hingga mereka menjadi orang yang beriman dan bertaqwa mereka akan menjadi aset kepada kedua ibu ayah mereka. Di dunia akan berkhidmat dan membela kedua ibu ayahnya. Apabila meninggal kedua Ibu dan Ayah mereka, anak seperti ini akan mendoakan mereka.
Doa mereka tidak terhijab. Ibu dan Ayah akan terus mendapat pahala yang mengalir ke dalam kubur hasil dari amal soleh yang dibuat oleh anak mereka di dunia berkat didikan dan ilmu yang telah mereka curahkan kepada anak mereka itu.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar